Kec0h 1su Mira Filzah, Aunty India Siap Tolong Wanita Melayu Pakai Sari

Baru-baru ini, foto yang dikongsikan oleh Mira Filzah menjadi bualan hang4t di media sosial apabila tampil menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India.

Namun, ada netizen yang kurang senang dengan tindakan Mira sehingga menvduh pelakon itu mempergunakan serta mengeksploitasi pakaian tradisional kaum India demi mengaut keuntungan.

Bagaimanapun, k0men individu itu dikec4m oleh netizen lain kerana ia bukanlah sesuatu yang pelik jika memakai pakaian tradisional bangsa lain memandangkan Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum.

Turut memberi pendapat berkenaan isu itu, perkongsian seorang gadis ini bernama Siti Sakinahatikah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik foto seorang aunty membantunya memakaikan sari di dalam tren KTM.

Menurutnya, ketika itu dia dalam perjalanan ke Batu Caves untuk membuat rakaman video bersama tiga lagi rakannya. Seorang aunty terlihatnya memakai sari dan mahu membantu untuk membetulkannya.

Malah, sepanjang dia memakai sari itu ramai kaum India yang memuji kecantikan sari yang dipakainya itu.

Aunty itu turut bertanyakan padanya sama ada dia suka pada sari atau tidak dan gadis berkenaan berkata bahawa dia memang sangat sukakan sari dan kemudian saling bertukar nombor telefon.

Lebih mengejvtkan, apabila dia tiba di Batu Caves, aunty berkenaan sanggup datang dari Selayang dengan menaiki motosikal untuk memberi 7 helai sari kepadanya.


“Dia tanya, saya kumpul sari ke? Saya cakap ya. Kemudiannya kami bertukar nombor telefon.

“Masa saya dah sampai Batu Caves, dia datang semula menaiki motosikal mebawa satu beg berisi tujuh helai sari untuk diberikan kepada saya.

“Dia sanggup patah balik cari saya dengan motor selepas kami berjumpa dalam tren. Kata aunty itu dia menetap di selayang. ,” katanya.

Dalam pada itu, gadis itu berkata ketika dia memuat naik perkongsian tersebut dia tidak mengetahui 1su sari mel1batkan Mira Filzah sedang hangat diperkatakan di Twitter. Ujarnya, dia tidak melihat ada yang salah dalam isu berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

SUMBER: mStar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kec0h 1su Mira Filzah, Aunty India Siap Tolong Wanita Melayu Pakai Sari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*