Macam Ada Aura, Pemuda Bagi 4njing Makan Turut Disayangi Haiwan2 Lain

Kisah mengenai seorang pemuda, Mohd Ridhuan Daud yang memberi makan anj1ng jalanan sehingga ‘diek0ri’ haiwan itu ke tempat kerja menarik perhatian warganet di media sosial semalam.

Rupa-rupanya pemuda berusia 22 tahun itu bukan sahaja disayangi anjing, malah dia juga sememangnya pencinta haiwan lain seperti kucing, angsa, anak ayam dan kura-kura.

Jika dilihat di laman Twitter miliknya, pekerja kedai serbaneka di Sungai Rengit, Pengerang, Johor itu sering berkongsi posting aktiviti bersama ha1wan yang d1bela mahupun dijumpai dengan penuh manja.

Seakan-akan memiliki ‘aura’ tarikan, anak bongsu daripada tujuh beradik itu rajin ‘melayan’ haiwan yang dijumpai malah ibarat tempat bermanja untuk mereka.

Setiap posting yang dimuat naik pula pasti akan menerima ratusan tanda suka selain komen warganet memuji sifat kemanus1aan dalam dirinya yang berbuat baik kepada ha1wan.

Memang terbaik tindakan pemuda ni! Haiwan juga layak berkasih sayang dengan manusia. Moga apa yang dibuat akan dibal4s dengan kebaikan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Mohd Ridhuan Daud

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Macam Ada Aura, Pemuda Bagi 4njing Makan Turut Disayangi Haiwan2 Lain"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*