Video Alih Suara 7 Hari Mencintaiku Babak Lain Pula Bikin Berdekah

Drama yang menjadi fenomena sejak musim pertama lagi tayangannya sudah pun melabuhkan tirai pada Isnin lalu. Mencatatkan 5 juta tontonan pada episod akhir, 7 Hari Mencintaiku masih ada yang merinduinya. Manakan tidak lakonan hebat para pelakonnya menjiwai watak sehinggakan penonton turut tersentuh jiwa dan bermain emosi.

Sepanjang tayangan 7 Hari Mencintaiku 2 ini ada banyak babak yang menarik dan mendebarkan. Salah satunya adalah apabila Mia Adriana bergaduh dengan Mak Leha dan Khuzairi campur tangan. Dalam babak itu apabila Khuzairi dicabar untuk bernikah dengan Nurul Ain, calon menantu pilihan Mak Leha.

 

View this post on Instagram

 

Antara pergaduhan besar dalam drama ni. Memang Sakit hati. 💔 #7harimencintaiku2

A post shared by SITI SALEHA (@sallywho) on


Namun itu babak asal, lain pula halnya apabila babak tersebut di alih suara oleh seorang pengguna Instagram popular Faradyable. Pengguna Instagram Faradyable ini buat hal lagi dengan video alih suara 7 Hari Mencintaiku babak tersebut dan dikongsikan menerusi laman sosial tersebut seperti berikut:


Untuk info, ini adalah video alih suara kedua dari drama ini yang dihasilkan oleh Faradyable. Sebelum ini pernah tular video alih suara 7 Hari Mencintaiku babak Khuzairi mahu akad nikah. Suasana ditukar menjadi gamat apabila skrip asal ditukar menjadi bermain osom.

 

View this post on Instagram

 

Adui lain kali cari la tok kadi yang betul skit. #tibe Video : @dramasangat

A post shared by Dub Parody (@faradyable) on


Apa-apa pun video kedua yang dihasilkan individu itu telah meraih lebih 84 ribu tontonan dan likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video Faradyable buat hal lagi tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Hahahahha pec4h”

“Part ‘ha gitu”

“Haha..Plot twist hehe”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram faradyable

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Video Alih Suara 7 Hari Mencintaiku Babak Lain Pula Bikin Berdekah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*