Ibu Terkejvt Jumpa Gambar Lukisan ‘Luc4h’ Dalam Beg Anak, Bila Ditanya

Di Facebook, Syed Azmi berkongsi satu situasi yang mencem4skan apabila ibu bapa mendapati anak mereka yang baru berusia 7 tahun sudah memiliki gambar lukisan yang tidak senon0h di dalam beg sekolah. Beberapa saranan turut diberikan oleh Syed Azmi berhubung situasi tersebut.

Ini saranan saya

Foto: Syed Azmi

Jadi baru-baru ini ada satu situasi yang mencemaskan ibu bapa seorang anak yang berumur 7 tahun di sekolah. Mereka dapati gambar lukisan ini di miliki oleh anak mereka dalam beg sekolahnya. Katanya di beri rakan sekelas. Mereka berkawan baik. Jadi, report polis? Pergi hospital ?Cari psych0logist or psychiatr1st or counsellor? Boleh kalau nak.

Syed Azmi memaklumkan dia telah menerima beberapa kiriman foto tersebut daripada ibu bapa. Menurut pengirim, lukisan tersebut diberi oleh rakan sekelas anak mereka. Cemas akan perkara tersebut, ibu bapa kanak-kanak itu meminta saranan daripadanya.

Menurut Syed Azmi, langkah pertama yang perlu dilakukan ibu bapa sebaik sahaja mendapat tahu mengenai perkara tersebut ialah berbincang dengan anak terlebih dahulu. Ibu bapa perlu bertanya kepada anak-anak mengenai aktiviti mereka dekat sekolah.

Di samping itu, ibu bapa perlu meminta penjelasan daripada anak-anak dan berlakon seolah mereka tidak tahu mengenai maksud disebalik lukisan tersebut. Paling penting, jangan biarkan anak-anak rasa takvt untuk bercerita. Ibu bapa boleh mengumpul semua maklumat sewaktu anak-anak sedang bercerita dan secara tidak langsung jawapan terhadap semua tanda tanya akan diketahui.

Jumpa cikgu kelas

Foto: Syed Azmi

Selepas mengetahui penjelasan daripada anak-anak, ibu bapa boleh berjumpa dengan guru kelas untuk berbincang. Syed Azmi turut memberi saranan agar ibu bapa tidak menyebarkan perkara tersebut menerusi Whatsapp. Sewaktu berbincang, ibu bapa jangan memberi tekanan kepada anak-anak sendiri termasuk kanak-kanak yang dipercayai bersalah. Ini kerana, mereka berkemungkinan melihat adegan yang tidak sepatutnya ketika berada di rumah. Ibu bapa boleh menggunakan guru dan pihak sekolah sebagai orang tengah bagi menyelesaikan masalah yang berlaku.

Sementara menunggu tindakan pihak sekolah, ibu bapa perlu mendidik dan membimbing anak-anak mengenai maksud gambar yang dilukis. Di samping itu, ibu bapa perlu memberi penjelasan mengapa gambar tersebut dianggap tidak el0k dan tidak sesuai untuk umur kanak-kanak. Sewaktu memberikan penjelasan, ibu bapa perlu memastikan anak-anak berasa selamat dan mereka berhak bertanya apa sahaja yang mereka mahukan. Antara topik yang boleh dibincangkan bersama-sama anak-anak ialah batas diantara lelaki dan perempuan dan contoh m4lu.

Kalau cikgu dan sekolah tak ambil tindakan

Foto: Syed Azmi

Sekiranya pihak sekolah dan guru tidak mengambil tindakan, ibu bapa boleh berjumpa dengan ibu bapa pelajar tersebut. Meskipun, perasaan akan berasa kurang enak, ibu bapa perlu bertindak sedemikian demi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang kembali.

Buat ibu bapa yang mengetahui masalah tersebut, mereka perlu bimbing semula anak-anak mereka. Jangan mar4h atau r0tan anak-anak. Ibu bapa juga perlu memastikan anak-anak menjadikan mereka sebagai sumber rujukan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Syed Azmi

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Ibu Terkejvt Jumpa Gambar Lukisan ‘Luc4h’ Dalam Beg Anak, Bila Ditanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*