“Malam Pun Boleh Terbang”, Kisah Abang ‘Pilot’ Sungai Besar Berbakti Kepada K omuniti.

Seiring dunia yang bergerak pantas, teknologi memainkan peranan penting bagi membantu kehidupan manusia. Komited memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat Malaysai sejak 1995, sumbangan Maxis sebagai penyedia penyelesaian konvergen terkemuka di Malaysia memang tak dapat disangkal.

Untuk berkongsi lebih banyak kisah teknologi bagi tujuan inovasi yang boleh dijadikan inspirasi oleh rakyat Malaysia, seiring dengan pelancaran jenama baru Maxis, “Terus Menerajui”.

Kisah pertama yang kami bawakan ialah tentang abang ‘pilot’ daripada Sungai Besar ini. Walaupun aktiviti dron dikaitkan dengan anak muda suatu ketika dulu, trend ini menunjukkan perubahan apabila teknologi dron mula dimanfaatkan oleh sektor ekonomi seperti perniagaan, pertanian dan perindustrian.

Walaupun pada mulanya agak sukar untuk membawa perubahan menggantikan teknologi lama, pujian harus diberikan kepada pencetvs idea yang berani mencuba sesuatu yang baru demi manfaat bersama.

Inilah yang dirasai oleh Naza atau nama sebenarnya Mohd Nazarul Shah bin Sulaiman, 35, apabila dia menjadi antara individu terawal yang menerbangkan dron bagi aktiviti pertanian di negeri Selangor.

Bermula dengan demo kini bangga terbangkan dron sendiri

Menceritakan pengalaman pertamanya menerbangkan dron racvn, Naza berkata idea bermula apabila terdapat demo penerbangan dron yang dilakukan di kawasan Sungai Besar. Melihat kepada potensi yang mampu dibawa oleh teknologi dron, Bekas Pengerusi Koperasi Wawasan Tani, Haji Sulaiman bin Chik ketika itu berani mengambil risik0 membeli dron untuk digunakan bagi aktiviti pertanian di kawasan tersebut.

Bermula dari situlah, Naza bersama beberapa orang anak muda di Sungai Besar mula menjadikan aktiviti penerbangan racvn menggunakan dron sebagai sumber pencarian.

Tak perlu masuk bendang, petani keluar dari kepompong lama

Jika dahulu petani terpaksa mengupah orang untuk masuk ke dalam bendang bagi aktiviti meracvn, tapi dengan menggunakan dron ia dapat meliputi kawasan bendang yang lebih luas. Selain tu, petani lebih puas melihat tanaman mereka diracvn untuk menghalau serangga per0sak.

Penyelidikan dan pembangunan (R&D) turut dilakukan oleh Naza bersama penerbang dron yang lain bagi menampakkan semburan lebih tebal. Pengubahsuaian dron turut dilakukan bagi membawa racvn dalam kuantiti tertentu dengan kawalan bateri yang sesuai.

Kalau dulu orang nak racvn kena masuk bendang guna blower, sekarang bila guna dron petani lebih puas kerana dapat tengok sendiri racvn turun kena tanaman.

Pencetus petani menggunakan teknologi dron

Mengendalikan dron jenis DJI Agras MG1, Naza yang mempunyai pengalaman selama 5 tahun dalam pengendalian meracvn tanaman berkata, selepas aktivti meracvn menggunakan dron mula diterima oleh penduduk setempat, ramai petani mula membeli dron sendiri dan menggaji pengendali untuk meracvn tanaman mereka.

Sehingga hari ini, pasukannya mempunyai 7 orang ahli yang terdiri daripada pilot, co-pilot dan seorang pengurus. Mereka kemudian akan dibahagi kepada beberapa kumpulan untuk bertugas mengikut pada waktu yang diminta oleh pelanggan, sama ada siang atau malam.

Waktu kerja mereka setiap hari adalah dari pukul 6.30 pagi hingga 11 pagi dan 5 petang hingga 6 petang. Pada waktu malam pula ada team lain yang akan mengendalikan aktiviti penyemburan racvn yang biasanya dilakukan hingga tengah malam kerana ia adalah waktu aktif ser4ngga per0sak.

Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang yang memainkan peranan sebagai pilot dan co-pilot bagi memastikan penerbangan dron berjalan dengan lancar dan aktivit meracvn dapat dijalankan dengan sempurna.

Sahut lebih ramai anak muda ambil peluang dengan teknologi baru

Selain aktiviti menerbangkan racvn di sawah menggunakan teknologi dron, Naza bersama beberapa rakannya mula mener0ka bidang lain menggunakan teknologi dron. Dia telah mula mengambil tugas menangk4p gambar dan video daripada sudut pemandangan atas yang mampu menunjukkan keindahan sesebuah kawasan.

Dron bukan sekadar hobi, kita juga boleh meracun, membaca dan ambil job untuk mengambil gambar dan video daripada atas. Jadi, baguslah kalau anak muda belajar teknologi ni untuk dijadikan sumber pencarian.

Melihat kemampuan teknologi dron, Naza menyerru lebih ramai anak muda untuk mener0kai bidang ini. Dia bersama rakannya kini menawarkan perkhidmatan yang mula dik0mersialkan melalui laman rasmi di Facebook. Selain menyediakan perkhidmatan meracvn tanaman, mereka turut boleh dihubungi untuk tugasan menangk4p gambar atau video menggunakan teknologi dron.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Gulapop

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Malam Pun Boleh Terbang”, Kisah Abang ‘Pilot’ Sungai Besar Berbakti Kepada K omuniti."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*