“Penangan 7HM dan Tokti…” – MV Aku Bidadari Syurgamu Raih 5 Juta Views

Suara Datuk Siti Nurhaliza atau turut mesra dengan panggilan Tokti sememangnya tidak dapat dinafikan lagi apabila sudah banyak lagu yang dinyanyikan olehnya mendapat sambutan hebat pendengar.

Menerusi lagu terbaharunya yang berjudul Aku Bidadari Syurgamu juga antara lagu yang sejak kebelakangan ini menjadi ‘buah mulut’ dilaman sosial apabila ramai yang jatuh hati dengan lagu tersebut.

Malah, lagu Aku Bidadari Syurgamu juga menjadi pilihan ramai untuk dinyanyikan apabila warganet menghasilkan video cover lalu menjadi perhatian.


Walau bagaimanapun, terbaru pula Tokti berterima kasih dengan sokongan diberikan apabila lagu tersebut juga berjaya mencapai 5 juta tontonan di laman Youtube.

“Muzik video Aku Bidadari Syurgamu sudah mencapai 5 juta tontonan di Youtube! Terima kasih kepada semua yang layan lagu ini hari hari.

“Andalah penyokong terhebat saya. Teruskan strim lagu-lagu di dalam album ManifestaSITI2020” ujarnya di Instagram bersama satu rakaman video yang dikongsikan.

Menerusi perkongsian, peminat akui juga meminati lagu berkenaan gara-gara drama 7 Hari Mencintaiku musim kedua dimana lagu itu telah menjadi OST buat drama tersebut.

“Penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2… best sangat lagu ni”

“Dah melekat lagu ni kat kepada walaupun kat Asrama tak leh bawak fon. Congrats Tokti”

“Minat lagu ni sebab tengok drama 7 Hari Mencintaimu”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram ctdk

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Penangan 7HM dan Tokti…” – MV Aku Bidadari Syurgamu Raih 5 Juta Views"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*