Genap Usia 29 Tahun, Putera Mateen Nak Cari Calon Isteri?

Lahir dalam keluarga kerabat diraja serta memiliki rupa paras yang kacak, membuatkan Putera Abdul Mateen dari Brunei antara putera impian para gadis.

Baru-baru ini, Putera Abdul Mateen telah menyambut hari kelahirannya yang ke-29, baginda digambarkan sebagai Putera Raja terkaya, baginda merupakan anak lelaki ke 10 daripada 12 orang adik beradik (5 putera 7 puteri).

Putera Mateen nak cari calon isteri?

Bagaimana pun, ada ura-ura yang mengatakan bahawa Putera Mateen ada meluahkan hajat untuk mencari calon isteri yang berkongsi minat yang sama dengannya.

Dikatakan, kerabat diraja Brunei sudah mula meluahkan hasrat mereka untuk mencari calon isteri buat Putera Mateen memandangkan umurnya kini sudah sesuai untuk berumah tangga.

Putera impian gadis2

Mendapat pendidikan dari Royal Military Academy Sandhurst 2014, Putera Mateen juga meminati sukan Polo, Aircraft dan juga pencinta alam semulajadi.

Untuk makluman ramai, Putera Abdul Mateen tinggal di istana mewah Brunei yang dikatakan mempunyai sebanyak 1877 buah bilik yang bertahtahkan emas, berlian dan perak.

Maka bertuahlah si gadis yang berjaya menawan hati sang putera ini, semoga segera bertemu jodoh Putera Mateen.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Facebook Mandaon News Services

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Genap Usia 29 Tahun, Putera Mateen Nak Cari Calon Isteri?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*