Haqiem Minta Izin Keluar Dengan Adik, Reaksi ‘G4rang’ Khai Bahar Jadi Perhatian Peminat

Dua penyanyi ini tentu sahaja tidak asing lagi buat peminat muzik tempatan apabila Haqiem Rusli mahupun Khai Bahar sudah berjaya menempa nama dalam industri hiburan dengan bakat tersendiri sehingga mempunyai ramai peminat.

Malah, kedua-duanya juga telah memenangi pelbagai anugerah besar kerana bakat dan sikap mereka yang disenangi ramai sehingga juga tidak jemu peminat menunggu lagu-lagu baru nyanyian Khai Bahar dan Haqiem Rusli.

Biarpun begitu, apa yang membuatkan nama mereka menjadi bualan peminat menerusi laman sosial Instagram apabila hos terkenal dalam rancangan Trek Selebriti berkongsi satu video teaser bagi episod baru dimana menampilkan mereka berdua.

Nampaknya tetamu jemputan bagi episod yang ditayangkan pada Selasa ini merupakan penyanyi Haqiem Rusli namun bagi segmen prank pula, ternyata penyanyi terbabit menghubungi rakannya, Khai Bahar.

Tidak disangka kena prank, Haqiem yang pada mulanya meminta izin ingin keluar dengan adiknya namun reaksi Khai yang dikatakan garang mengenai hal itu dipuji warganet apabila dapat melihat sikapnya sebagai abang.


Menerusi posting, selain video itu ditonton ribuan kali oleh peminat dan dalam pada masa yang sama, kedua-dua penyanyi berkenaan menerima pelbagai reaksi daripada warganet yang ditinggalkan melalui ruangan komen.

“Bestnya dapat abang laguni…”

“Hahaha gar4ng betholll”

“Garang oiii Khai Bahar, bebetul protect adik dia ni hahahaha tengok la ni”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram aliffarhan_jr

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Haqiem Minta Izin Keluar Dengan Adik, Reaksi ‘G4rang’ Khai Bahar Jadi Perhatian Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*