Kajian Terbaharu Dedahkan C0vid-19 Boleh Mereb4k Dalam 3 Cara Ini

Kita sedia maklum, bahawa COVID-19 menular menerusi percikan droplet atau titisan pernafasan daripada percakapan, batuk dan bersin. Kemudian, ada juga kajian menunjukkan v1rus itu boleh kekal di udara untuk beberapa ketika di dalam bilik yang didiami oleh pesakit COVID-19.

Namun kajian terkini mendedahkan, v1rus itu sebenarnya boleh mereb4k dalam tiga cara lagi yang mungkin tidak pernah kita sedari sebelum ini.

Memetik laporan Forbes, kajian yang dibuat oleh saintis ini mengambil kira tiga faktor berbeza dalam penyelidikan mereka — iaitu kadar kelembapan udara yang rendah, tandas awam dan habuk atau partikel halus bawaan udara.

Persamaan dapatan daripada tiga kajian ini membawa kepada satu kesimpulan penting, bahawa pemakaian pelitup muka sebenarnya adalah sangat penting!

Udara Lembap

Dalam satu kajian yang dilakukan di Australia sebelum ini menunjukkan wujud pertalian antara kadar kelembapan udara dan transmisi COVID-19 dalam kalangan komuniti setempat.

Udara yang lembap merupakan faktor utama penularan jangkitan itu. Saintis menganggarkan, bagi setiap 1 peratus penurunan kelembapan udara — kes jangkitan COVID-19 akan meningkat sebanyak 7 – 8 peratus.

Menurut ketua penyelidik bagi kajian tersebut, Dr. Michael Ward — udara kering membuatkan aer0sol menjadi lebih kecil dan berada di udara dalam tempoh yang lama berbanding ketika dalam udara lembap.

Justeru ia secara tidak langsung menyokong saranan pakar kesihatan seluruh dunia, yang menggesa orang ramai memakai pelitup muka di tempat-tempat awam.

Tandas Awam

Tandas awam juga berpotensi menjadi lokasi penyeb4ran v1rus ini. Cara ia tersebar adalah menerusi aerosol yang terlepas ke udara, selepas kita mengepam mangkuk tandas tanpa menurunkan penutupnya terlebih dahulu.

Saintis berkata, berlaku interaksi antara gas dan cecair sewaktu kita mengepam tandas dan secara tidak langsung interaksi itu mengakibatkan sejumlah besar partikel aeros0l dari bahan buangan kita itu tersebar ke udara.

Kajian oleh sekumpulan pakar dari Universiti Yangzhou ini kemudian menyimpulkan bahawa pemakaian pelitup muka di tandas awam juga perlu diwajibkan sepanjang musim pandemik ini, selain menitikberatkan langkah-langkah lain seperti mencuci tangan dengan bersih.

Debu Udara

Dalam kajian yang dibuat pasukan penyelidik dari Univerisiti California ini pula mendapati, v1rus influenza boleh terseb4r menerusi partikel dan fiber halus yang terapung di udara.

Kajian itu dibuat ke atas tikus belanda dengan menggunakan alat kajian khas yang boleh mengukur zarah di udara. Partikel-partikel yang terhasil ketika tikus belanda itu bergerak di dalam sangkar, membuktikan bahawa virus boleh tersebut menerusi udara dan tidak semestinya menerusi saluran pernafasan semata-mata.

Kajian sama turut dibuat dengan menggunakan tisu yang terdapat virus influenza. Kira-kira 900 partikel per saat terhasil ketika ia digumpalkan, membuktikan virus sebenarnya boleh terseb4r menerusi zarah-zarah kecil yang terhasil di udara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: LM

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Kajian Terbaharu Dedahkan C0vid-19 Boleh Mereb4k Dalam 3 Cara Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*