“Tak hipster la ko ni…” – Mesej Antara Mak Dan Anak Ini Tular

Hubungan yang sihat antara ibu bapa bersama anak-anak melibatkan kemesraan, kesefahaman, kepercayaan dan rasa hormat-menghormati di antara satu sama lain.

Kemesraan itu masih boleh dirasai meskipun kita berada jauh di samping keluarga tercinta dengan menggunakan mesej di aplikasi Whatsapp. Namun begitu, lain pula yang jadi apabila ibu bapa sering menggunakan singkatan bahasa yang pelik sehingga kadangkala sukar untuk difahami.

Tidak terkecuali dengan seorang gadis yang dikenali sebagai @imnzlkhaa dimana dia turut mengalami situasi yang sama sambil memuat naik sekeping foto tangkapan skrin tentang perbualan mesej dia bersama ibunya.

Menerusi posting itu, gadis tersebut sedang memberitahu tentang aktiviti hariannya kepada si ibu. Namun lain pula yang jadi apabila gadis itu tersalah faham makna singkatan yang dinyatakan oleh ibunya menerusi perbualan tersebut.

”Siapa je sebut breakfast as bf”, katanya di laman Tweet berkenaan.

Rupa-rupanya, ibu gadis berkenaan telah menggunakan perkataan ‘bf’ sebagai breakfast. Lebih melucukan apabila ibu gadis berkenaan turut berkata “Tak hispter la ko ni” gara-gara dia tidak memahami perkataan tersebut.

Ternyata, kejadian itu telah mencetuskan gelak tawa warga netizen yang rata-ratanya terhibur melihat perbualan anak beranak itu yang kelihatan selamba dan santai di samping ada yang memuji kecomelan mereka berdua.

Posting itu telah meraih perhatian ramai terutamanya golongan netizen sehingga menerima sebanyak 6852 ribu ulang kicau dan komen selain daripada mendapat sebanyak 14.8 ribu tanda suka di ruangan gadis terbabit.

“Aku ingatkan mami nak cakap…”

“Hahaha savage…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tak hipster la ko ni…” – Mesej Antara Mak Dan Anak Ini Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*