“Tolong jaga kebersihan, jaga adab..” – Pelanggan Beng4ng Waiter Hanya Gelak Selepas Hidang ‘Telur Dadar Lip4s’, Anak Owner Bagi Diskaun RM10

Siapa saja yang tidak terkejvt kalau terjumpa ‘bendas1ng’ dalam makanan?

Apatah lagi ‘bendas1ng’ yang dijumpai itu merupakan seekor ser4ngga dalam saiz yang boleh tahan besarnya.

Boleh naik perasaan geli geleman dan automatik makanan yang ditelan terasa ingin dimuntahkan semula.

Itulah yang terjadi kepada wanita ini saat terjumpa seek0r l1pas dan salah satu hidangan yang dipesannya!

Berkongsi cerita,, pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Bunga ini berkata ins1den itu berlaku ketika dia menikmati makan malam bersama keluarga di sebuah restoran yang terletak berdekatan dengan rumahnya di Kuantan, Pahang.

“Saya dari Kuala Lumpur… kebanyakan kedai makan penuh dan kedai ini saja tak ramai pelanggan. Ketika itu pukul 10 malam. Jadi saya singgah sebelum sampai rumah.

“Saya pesan nasi bersama telur dadar, sup daging, ayam paprik dan minuman. Lebih kurang sejam menunggu, kemudian baru pesanan makanan sampai.

Bunga memuat naik gambar telur dadar ‘l1pas’ yang dipesannya dari restoran berkenaan di Twitter.

“Mula-mula memang saya tak perasan langsung. Makanan sampai terus kami makan. Saya nampak macam hitam tapi fikir itu bahagian yang garing. Tapi rupa-rupanya bukan, itu lipas. Terus panggil waiter,” kata wanita berusia 29 tahun ini.

Cerita Bunga, selepas membuat aduan, dia sama sekali tidak menyangka respon yang diberikan oleh pihak restoran berkenaan.

“Budak waiter tu hanya gelakkan saya dan gantikan dengan telur, sudu dan garfu yang baharu. Bila tanya macam mana boleh ada l1pas, dia cakap tak tahu.

Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gug4t bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan.

BUNGA

“Saya minta nak jumpa owner tapi katanya hanya anak owner saja ada. Saya tanya sekali lagi, nak kena bayar juga ke? Anak owner masuk ke dalam dan keluar semula, kemudian beritahu jumlah perlu dibayar RM20.

“Bila persoalkan semula, anak owner tu kata dah diskaun RM10 daripada jumlah asal, RM30. Atas dasar kemanusiaan, saya bayar atas apa yang saya usik (makan). Sebab makanan yang lain okay, cuma telur tu ada l1pas,” ceritanya.

Antara komen netizen yang turut meluahkan rasa j1jik dengan situasi yang dialami Bunga.

Cerita Bunga, perkongsiannya di laman Twitter bukan untuk membuka a1b atau menutup periuk nasi sesiapa, cuma rasa terpanggil untuk menekankan soal kebersihan dalam pengendalian makanan.

“Tolong jaga kebersihan, dan juga jaga adab dengan pelanggan. Langsung tak ada rasa bers4lah dan buat macam tak ada apa-apa lepas beritahu bil tu.

“Pelanggan kalau dah lama tunggu, dapat makanan memang terus makan. Nak cari kedai lain pun ambil masa lagi. Untuk para peniaga kalau boleh tolong jaga kebersihan sebab itu paling penting,” katanya.


Bukan mahu mengaibkan sesiapa, Bunga berkata perkongsiannya sekadar mahu memberi iktibar agar pengusaha kedai makan lebih menitikberatkan soal kebersihan. Gambar hiasan.

Mengakui kejadian itu adalah pengalaman pertamanya berdepan dengan insiden menj1jkkan, Bunga berkata dirinya masih berasa f0bia sehingga kini.

“Saya sampai hari ni tengok daging kicap atau makanan berwarna hitam, pasti terbayang. Ada la rasa macam f0bia sikit sebab terkejut g1la. Saya tak boleh terima seek0r l1pas ada dalam telur. Bentuknya elok lagi.

“Untuk peniaga tu, saya nak minta maaf jika apa yang saya post ni gugat bisnes dia tapi kalau boleh lepas ni tolong jaga kebersihan,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "“Tolong jaga kebersihan, jaga adab..” – Pelanggan Beng4ng Waiter Hanya Gelak Selepas Hidang ‘Telur Dadar Lip4s’, Anak Owner Bagi Diskaun RM10"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*