Perlu Dibantu Bukan Diendah, PM Naik Turun Tangga Dengar Mas4lah Rakyat

Prihatin mengenai golongan miskin bandar, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, beliau mengambil kesempatan menziarah tiga penghuni PPR di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pada lawatan itu, beliau mendekati rakyat dengan mendengar luahan mereka bagi memastikan golongan tersebut tidak ketinggalan dalam arus pembangunan daripada aspek ekonomi, pendidikan atau sosial.

“Antaranya dengan menambah baik pusat-pusat komuniti setempat dengan aktiviti menambah kemahiran, keusahawanan dan memperkasakan pendidikan anak-anak mereka untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan,” katanya.

Selain itu, presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu juga percaya pelbagai inisiatif dilakukan oleh kementerian dan agensi-agensi kerajaan bagi membantu golongan berkenaan.

“Lawatan ini banyak memberi maklumat kepada saya mengenai kehidupan warga kota atau golongan m1skin bandar.
“Kebanyakan mereka membuat bisnes kecil-kecilan, bekerja sebagai pemandu teksi dan lori serta ramai juga yang membuat kerja sendiri untuk meneruskan kehidupan mereka.
“Saya yakin, kesemua mereka menginginkan kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa mereka lalui,” ujarnya.

Beliau juga berbangga melihat rami rakyat yang rajin berusaha dimana segelintir sanggup melakukan pelbagai pekerjaan dalam masa sehari demi menambah pendapatan keluarga.

“Ada yang memandu teksi dan Grab. Ada yang menghantar makanan. Ada juga membuat kerja sambilan di luar waktu bekerja mereka.
“Saya akan berusaha untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan malah perlu lagi dibantu. Kerajaan akan sentiasa meletakkan agenda membantu rakyat sebagai keutamaan,” tambahnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Muhyiddin Yassin

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Perlu Dibantu Bukan Diendah, PM Naik Turun Tangga Dengar Mas4lah Rakyat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*