[VIDEO] Tiba-Tiba Rasa Ser4m, Wanita Terkejvt Nampak Anak Patung ‘Berh4ntu’ Ayun Kaki Dalam Almari

Memang tidak dapat dinafikan, gangguan makhluk halus dan perkara mistik ini seringkali berlaku tanpa kita duga. Begitulah pengalaman dialami seorang pengguna TikTok, Holly Armstrong yang mend4kwa dia berjaya merakam detik seram ketika sedang mengasuh kanak-kanak di salah sebuah rumah di Amerika Syarikat.

Gerak-gerakkan kaki

Menerusi laporan Daily Star, video yang dimuatnaik di TikTok itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut merasai keseraman momen tersebut. Sementara itu, jika dilihat daripada video pendek berdurasi 0:05 saat itu memaparkan satu anak patung berada di dalam almari pakaian yang pintunya memang terbuka luas. Saat merakam detik seram itu, Holly berada lebih kurang 1 meter dari almari berkenaan.

Menurut Holly, kejadian tersebut berlaku pada 2 Ogos 2020 yang lalu ketika dia sedang menjaga anak-anak pemilik rumah berkenaan. Anak patung yang did4kwa ‘berh4ntu’ itu lengkap berpakaian dengan mengenakan seluar panjang berwarna coklat dan memakai kasut dilihat telah mengayunkan kakinya dengan irama yang perlahan. Malah, jika diteliti, anak patung terbabit seolah-olah cuba mengangkat kaki kirinya sedikit demi sedikit.

Timbul perasaan ‘ser4m’

Namun, tiga hari, Holly menceritakan perkara sebenar bagaimana dia boleh merakam aksi ser4m itu. Menurut Holly, dia berada di rumah berkenaan pada hujung minggu dan secara tiba-tiba timbul satu perasaan yang menyeramkan dari tingkat atas. Dia cuba memberanikan diri pergi ke sana untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi dia amat terkejut apabila melihat kaki anak patung terbabit sedang ‘bergerak’. Dia yang ketakvtan terus keluar meninggalkan kawasan itu.

 Saya telah memaklumkan kepada keluarga tersebut dan mereka menyatakan bahawa mereka akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. Saya masih lagi terkejvt dengan ins1den itu.

Perkongsian itu telah mendapat lebih daripada 10 juta tontonan. Walaupun begitu, ada segelintir netizen kurang percaya dan mend4kwa terdapat jari manusia yang cuba menggerakkan patung berkenaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Holly ArmstrongDaily Star

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Tiba-Tiba Rasa Ser4m, Wanita Terkejvt Nampak Anak Patung ‘Berh4ntu’ Ayun Kaki Dalam Almari"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*