Lepas ‘Abah’, Pak Long Mail Pula Panj4t Kuaters ATM Jengah Keluarga Askar

Tindakan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin  menziarahi rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur semalam telah tular di media sosial dan mendapat respon yang pelbagai daripada warganet.

Jengah kuaters rumah keluarga anggota

Pada hari ini pula, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula mengambil sedikit masa dengan melakukan lawatan ke Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) Kem Batu Kontomen bagi meninjau kebajikan anggota serta keluarga.

Ziarah keluarga anggota yang kurang sihat

Dalam pada itu, , beliau turut mengambil kesempatan menyantuni keluarga anggota Sjn Adini binti Ismail bertugas di 91 Depot Pusat Kor Ordnans Diraja yang mempunyai anak mengh1dap sakit Leukim1a dan Down Syndr0m.

Ismaik Sabri juga membuat lawatan ke atas adik Nur Syafiqah Qalesya binti Mohamad Atriq Azmin anak kepada Kpl Mohamad Atriq Azmin Maula Afandy Azman yang mengh1dap sakit P4ru-p4ru Kr0nik.

Beri sumbangan

Selain itu, Ismail Sabri turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada kedua-dua keluarga sebagai tanda keprihatinan kepada mereka bagi meringankan bebanan terutama dalam mendepani norma-norma baharu pada masa kini.

Gambar-gambar semasa lawatan tersebut telah dimuat naik ke laman sosial rasmi Kementerian Pertahanan Malaysia dan telah mendapat pujian daripada warganet kerana keprihatinan menteri kepada keluarga anggota yang bertugas untuk ATM ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Kementerian Pertahanan Malaysia

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment on "Lepas ‘Abah’, Pak Long Mail Pula Panj4t Kuaters ATM Jengah Keluarga Askar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*