Menyanyi Penuh Em0si, Kanak-Kanak Ini Viral Di Indonesia Sampai Dewi Perssik Nak Jadikan Anak Angkat

Nama Alwiansyah mula meniti di bib1r peminat di Indonesia disebabkan oleh bakat nyanyiannya dan ekspresi muka penuh penghayatan. Dia mula merakam video nyanyiannya itu dan dimuatnaik ke media sosial sehingga mendapat perhatian ramai pendengar.

Buat anda yang tidak tahu, Alwiansyah yang berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia ini pernah bergandingan bersama penyanyi terkenal Judika. Memang feel habis!

K0mpilasi cover sebelum terkenal

Video kompilasi nyanyian cover daripada kanak-kanak berusia 13 tahun ini merupakan nyanyian sebelum dia dikenali ramai. Sebelum ini, dia pernah cover beberapa lagu penyanyi Indonesia termasuk Berbeza Kasta nyanyian Thomas Arya. Nama Alwiansyah mula dikenali ramai menerusi lagu Berbeza Kasta. Selain itu, dia juga dikenali dengan gelaran ‘Si Bocah Viral’ (budak viral) di negara itu.

Duet bersama Judika

Terbaru, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Judika juga mengambil kesempatan menjemput Alwiansyah ke studio rakamannya. Mereka menyanyikan lagu Cinta Karena Cinta nyanyian asal Judika tanpa apa-apa latihan sebelum persembahan itu.

Apa yang menarik perhatian penonton adalah penghayatan dari ekspresi pada wajahnya. Nyanyian pun mantap, terbaiklah!

Lagu sendiri

Disebabkan lagu Berbeza Kasta yang melonjakkan namanya sehingga terkenal di Indonesia, dia diberi peluang untuk cover dan lancarkan official music video lagu tersebut. Malah, alunan muzik lagu ini diolah semula oleh Rajali Asmara dan Elta Record bagi kesesuaian suara penyanyi cilik ini.

Tolak tawaran Dewi Perssik

Terbaru, Alwiansyah telah bertemu dengan penyanyi dangdvt terkenal Indonesia iaitu Dewi Perssik. Tujuan penemuan di antara merek itu adalah untuk menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angk4t. Dewi turut mengajak kanak-kanak itu untuk tinggal dan bersekolah di Jakarta.

Mangkannya kamu jadi anak mami aja sama Nissa, mau enggak? Jadi anaknya mama Dewi kamu sama mas Gabril tapi di Jakarta tinggalnya, mau enggak?

Alwiansyah bagaimanapun menolak tawaran penyanyi dangdut itu dengan cara baik. Dia mengakui masih lagi merindui ibu dan ayahnya.

Jangan dulu. Pikir-pikir. Masih kangen mama, papa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Judika OfficialMusik Proaktif, Dewi Perssik

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Menyanyi Penuh Em0si, Kanak-Kanak Ini Viral Di Indonesia Sampai Dewi Perssik Nak Jadikan Anak Angkat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*