Satu Dalam Seribu! Dah Tak Larat, Cucu Dukung Nenek Bawa Jumpa Doktor

Keadaan nenek yang semakin uzur tidak dianggap menyusahkan, sebaliknya si cucu mengambil peluang untuk berbakti terhadap 1nsan yang disayangi.

Itu dilakukan seorang lelaki dikenali sebagai Rahman Hashim yang mendukung neneknya berusia 94 tahun bagi mendapatkan rawatan di sebuah klinik kesihatan.

Kisah mereka berdua menimbulkan rasa terharu doktor yang merawat dengan berkongsi dua keping gambar sehingga tular di laman Facebook.

Menerusi posting di page Dakwah Tabligh, difahamkan lelaki tersebut menggalas tanggungjawab bagi menjaga keperluan harian neneknya disebabkan ibu bapanya juga sudah tidak larat.

“Doktor terkejut bila seorang cucu dukung toknya umur 94 tahun masuk bilik consultant doktor. ‘Doktor, tok pat4h tul4ng pingg4ng’…
“…’Tak boleh duduk. Cek (saya) yang dukung tok m4ndi, ber4k dan makan. Tok baring je atas katil. Ayah emak tak lar4t…’ Ada kud1s di punggvngnya doktor buat dressing,” tulis perkongsian tersebut.

Kagum dengan tindakan murni lelaki berkenaan, doktor memberikan ubat dan rawatan tanpa bayaran sebelum menghulurkan sedikit wang ringgit untuk dibelanjakan.

“Doktor tabik spring cucu ni. Boleh ke kita dapat cucu macam ni? Ubat dan dressing doktor bagi free. M1skin orangnya.
“…’Dik ambil ni $, bagi belanja emak ayah tok dan dik’.  Sayu hati doktor, nikmat Allah pada kita tak ternilai,” kongsi posting berkenaan lagi.

Posting itu menerima 10,000 tanda suka dan 2,700 perkongsian selain ratusan komen warganet yang memuji keikhlasan anak muda itu dalam menjaga neneknya dengan penuh kasih sayang.

“Terima kasih doakan nenek saya..” – Rahman

Mulianya! Moga usaha diberkati

Bertuah nenek dapat cucu macam ni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Dakwah Tabligh

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Satu Dalam Seribu! Dah Tak Larat, Cucu Dukung Nenek Bawa Jumpa Doktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*