Baru 2 Minggu Di Eropah, Luqman Hakim Berjaya Jaring Gol Pertama

Pemain bola sepak remaja sensasi Luqman Hakim Shamsudin mencatatkan rekodnya tersendiri di Eropah selepas berjaya menjaringkan satu gol pada penampilan pertamanya bersama KV Kortrijk Bawah-21dalam perlawanan menentang pasukan KRC Gent.

Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu itu, dilihat merampas bola daripada pemain pertahanan lawan, sebelum merembat bola melepasi penjaga gol KRC Gent, dalam satu video disiarkan di laman sosial KV Kortrijk.

Bagaimanapun KV Kortijk tewas 1-4 dalam perlawanan pertama Luqman Hakim selepas menjalani kuarantin 14 hari.

“Hakim Luqman, jaringkan gol pertamanya di Eropah untuk U21 kita (@kvkjeugd) dalam kekalahan 1-4 ketika menentang KRC Gent. Tahniah, Hakim!,” dalam hantaran Facebook dan Twitter kelab tersebut.

Luqman berlepas ke Belgium dua minggu lepas, setelah menandatangani kontrak lima tahun bersama pasukan division Satu Kv Kortrijk yang dimiliki taikun perniagaan Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Bernama

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendir

Be the first to comment on "Baru 2 Minggu Di Eropah, Luqman Hakim Berjaya Jaring Gol Pertama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*