Macam Dermawan Di Tanah Suci, Rizalman Ibrahim Hulur Duit Bagi Pekerja2 Hotel

Tindakan pereka fesyen tersohor, Datuk Rizalman Ibrahim dipercayai menghulurkan duit secara rawak kepada kakitangan di sebuah hotel di Pulau Pinang beberapa hari lalu mengund4ng perhatian netizen.

Sebuah video paparan skrin dikongsi seorang pengguna Twitter, @LelakiOnTheGo yang berharap orang ramai dapat bersikap pemurah seperti figura berusia 48 tahun itu sekiranya mampu satu hari nanti.

“Let us all aim to be as generous as Rizalman. InsyaAllah!”

Menerusi rakaman berdurasi 40 saat itu, beliau kelihatan berjalan dari satu tempat ke satu tempat sebelum memberi duit kepada beberapa kakitangan di hotel tersebut.

Posting berkenaan menerima 6,400 tanda suka selain 5,000 perkongsian serta komen warganet yang memuji sifat dermawan Rizalman terhadap orang di sekelilingnya.

Terdapat juga netizen membidas kenyataan segelintir individu setelah menyifatkan anak kelahiran Georgetown itu seakan-akan ‘menunjuk’.

Tak payah tunjuk? Itu antara dia & Allah

Siapa tak kenal dia, mesti kata ‘show off’

Teringat dermawan di Tanah Suci…

Tak rasa pun dia menunjuk… Inspirasi adalah!

RM50 bagi macam tu je? Moga murah rezeki

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Macam Dermawan Di Tanah Suci, Rizalman Ibrahim Hulur Duit Bagi Pekerja2 Hotel"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*