Tulis Kisah Hidup Sendiri, Netizen Minta ‘Support’ Buku Uncle Kentang

Mengangkat kisah perjalanan hidupnya yang gemar membantu orang dalam kesusahan, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang tampil dengan sebuah buku ditulisnya sendiri.

Menggunakan judul Sementara Ku Di Sini, buku yang berkisar mengenai kehidupan dermawan dan sukarelawan berusia 57 tahun itu diterbitkan khusus untuk menjadi inspirasi semua.

Menerusi laman Facebook, beliau yang berasal dari Batu Pahat, Johor meluahkan rasa sebak dapat menghasilkan karya bagi bacaan masyarakat selain berterima kasih kepada mereka yang sudah membeli.

“Sebak lihat gambar keluarga saya dalam buku, sedih. Mak dan ayah, kau sudah kembali. Kali pertama tandatangan buku hasil sendiri.
“Ada sedikit macam sebak pulak. Sekurang-kurangnya ada satu buku ditinggalkan untuk anak-anak muda buat ped0man hidup. Terima kasih yang telah membeli, semoga anda dapat sedikit perkongsian saya,” tulisnya.

Menerusi posting lain, beliau tidak sangka dan terharu dengan sambutan orang ramai kerana telah menerima banyak tempahan untuk buku berharga RM35 itu.

Petikan sinopsis

Terharu! Ramai yang ‘order’.. Terima kasih

Tinjauan pada ruangan komen mendapati, netizen berhasrat bagi mendapatkan buku tersebut selain menyerv agar menyokong usaha beliau setelah banyak menyumbang jasa serta tenaga untuk golongan susah.

Tahniah uncle yang budiman!

Jom ‘support’ & beli

Moga kebaikan uncle diwar1si…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Kuan Chee Heng , Book Cafe

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Tulis Kisah Hidup Sendiri, Netizen Minta ‘Support’ Buku Uncle Kentang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*