Oktovia Manrose Tak Kisah Dengan Gelaran J4nda

Pernah berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini, pelakon Oktovia Manrose akui lebih selesa menjalani kehidupan tanpa lelaki dan engg4n terlalu berkongsikan kisah peribadinya kepada umum.

Menurut Oktovia lagi, dia masih rasa takut membuka hatinya untuk bercinta semula dan akan melayan sebagai kawan sahaja selagi lelaki itu tidak serius dengan hubungan tersebut.

“Mungkin disebabkan kehidupan rumah tangga saya dahulu membuatkans aya rasa nak duduk di zon selesa sahaja. Tak nak lebih daripada itu. Sebab itu saya saya jadi tak nak terlalu berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Soal hubungan pun saya jadi takut. Setiap kali nak cuba kenal seseorang itu lebih dalam, saya terus rasa tak apa la. Mungkin selagi lelaki itu tak tunjuk yang dia serius, saya akan layan sebagai kawan,” katanya.

Kakak kepada pelakon Aprena Manrose itu berkata dia tidak mempunyai masalah dengan gelaran j4nda dan beranggapan apa yang terjadi itu adalah lumrah kehidupan. Ujarnya,  dia mendapat kekuatan daripada bapanya untuk bangkit semula selepas bercera1.

“Janda is hot what! Saya tak ada masalah dengan gelaran itu, ia lumrah hidup. Semua itu normal. Sebenarnya kekuatan yang ada pada saya disebabkan bapa saya.

“Walaupun kami tak rapat dari dulu tapi dia selalu galakkan saya untuk jadi lebih baik. Nak besarkan anak dengan usia muda bukan senang tapi dialah menjadi semangat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Oktovia Manrose Tak Kisah Dengan Gelaran J4nda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*