Hamil Anak Sulung, Fazura Tak Suka Makanan Kampung

Bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi dijangka Oktober depan, pelakon Nur Fazura meluahkan rasa syukur dia tidak mengalami alahan tervk mahupun mengidam makanan yang bukan-bukan.

Bagaimanapun, Fazura berkata sepanjang kehamilan pertama itu selera makannya berubah apabila dia tidak berapa gemarkan makanan kampung sedangkan dia sangat sukakan makanan tersebut.

“Alhamdulillah, sepanjang keham1lan, saya tidaklah mengidam makanan yang bukan-bukan. Cuma saya tidak berapa gemarkan makanan kampung walaupun sebelum ini, saya sangat suka,” katanya.

Dalam pada itu, Fazura berkata suaminya, Fattah Amin yang terkena tempias isteri mengandung apabila mengalami perubahan selera makan. Ujarnya lagi, disebabkan itu juga berat badan Fattah naik ketika PKP.

“Sebaliknya, orang yang mengidam adalah Fattah. Tetapi Fattah sebenarnya tidak sedar dia mengidam.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, selepas berbuka puasa, dia akan buka peti sejuk mencari makanan. Itu yang menyebabkan berat badan dia naik sekejap,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: BH Online

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Hamil Anak Sulung, Fazura Tak Suka Makanan Kampung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*