“Riuh sekampung,Comel jerr…” – Aafiyah Ikut Tokti Buat Sesi Rakaman Muzik Video

Populariti anak kepada penyanyi nombor satu negara ini nampaknya semakin meningkat naik seiring peningkatan usianya. Anak kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang diberi nama Siti Aafiyah ini semakin membesar dan memiliki personalitinya yang tersendiri.

Biasalah anak-anak kecil ada sahaja gelagat mereka yang kadang-kadang boleh menghiburkan. Terbaharu rakaman gelagat anak Tokti ikut sesi rakaman muzik video ibunya telah mencuri perhatian ramai. Menerusi video yang telah dikongsikan sendiri oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti ini kelihatan pasukan produksi sedang sibuk dalam penggambaran muzik video.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza bersama anaknya, Siti Aafiyah

Turut kelihatan kelibat anak Tokti ikut sesi rakaman muzik video tersebut. Memang nampak agak riuh dengan gelagat Aafiyah dalam rakaman itu.

Berikut adalah video anak Tokti yang dikongsikan menerusi laman Instagram milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza baru-baru ini:


Alahai comel sangatlah si Aafiyah ini. Ditambah pula dengan mimik mukanya memang boleh bikin geram! Apa-apa pun video tersebut telah meraih lebih 883 ribu tontonan dan 110 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Aafiyah eee cheeky betul eh saja je dia tuuu”

“Riuh sekampung. Comel jer”

“Hahahha. Macam Aafiyah masuk sukaneka pulak rasenya”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: HCL

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Riuh sekampung,Comel jerr…” – Aafiyah Ikut Tokti Buat Sesi Rakaman Muzik Video"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*