Kerja Sambil Belajar! Abang Grab Sempat Hadir Kelas Online, Salin Nota Atas Motor

Selain ‘berkejar’ mengambil pesanan pelanggan, penghantar makanan juga mempunyai pelbagai tanggungjawab lain untuk dilakukan demi keperluan masa hadapan.

Terbaru, tular dua gambar dalam kalangan warganet Filipina yang memaparkan seorang pemuda Grab Food berehat seketika bagi mengikuti kelas pengajian secara dalam talian.

Sambil duduk di atas motosikal, pemuda tersebut mengeluarkan buku untuk menyalin nota selain menggunakan telefon bimbit dengan penuh fokus.

Gambar berkenaan dimuat naik seorang pengguna Facebook, Christian Lorenz Nuñez sehingga meraih 62,000 perkongsian dan hampir 70,000 tanda suka selain pelbagai reaks1 net1zen.

Rata-rata menyifatkan pemuda itu sangat berusaha gigih selain berharap dia akan menjadi insan yang lebih berjaya satu hari nanti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber : Christian Lorenz Nuñez

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Kerja Sambil Belajar! Abang Grab Sempat Hadir Kelas Online, Salin Nota Atas Motor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*