‘Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya’ – Mira Filzah

Selepas selesai melangsungkan majlis khtam Al-Quran bersama adiknya pada minggu lalu, ramai dalam kalangan peminat sudah tertanya-tanya bila agaknya aktres cantik jelita, Mira Filzah akan menam4tkan zaman bujangnya bersama pilihan hati iaitu Wan Emir Astar.

Namun, segala teka-teki mengenai hari bahagianya akh1rnya terjawab selepas Mira mengumumkan akan melangsungkan majlis pernikahan pada malam ini (3 September).

Bakal bernikah malam ini

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Mira memaklumkan mengikut pada perancangan awal, majlis pernikahannya akan berlangsung pada Oktober depan seperti yang diwar-warkan media sebelum ini. Tetapi disebabkan kakak sulungnya menetap di New York dan tidak dapat berada di Malaysia dalam tempoh yang agak lama jadi mereka membuat keputusan untuk mempercepatkan majlis pernikahan itu.

Namun, disebabkan kakak tidak boleh berulang-alik dengan kerap kerana terp4ksa menjalani tempoh kuarant1n selama 14 hari, jadi saya ambil keputusan mempercepatkan tarikh pernikahan, manakala adik bongsu pula terpaksa menund4 sedikit pernikahannya supaya kakak boleh menyaksikan hari bahagia kami berdua.

Bermula di Instagram

Bertanya mengenai detik perkenalan bersama bakal suami, Mira menceritakan bahawa mereka mula mengenali menerusi aplikasi Instagram apabila Emir menghantar Direct Message (DM) kepadanya dengan berkongsi mesej kerohan1an pada Ramadan tahun lalu. Tetapi Mira pada ketika itu langsung tidak membalas mesej tersebut dan hanya menganggap Emir tidak lebih seperti peminat-peminatnya yang lain.

Percubaannya tidak terhenti di situ apabila menghantar pula DM kepada emak. Kebetulan emak memang mengenali arw4h bapa Emir, jadi mereka saling berkomunikasi. Sehinggalah emak minta saya supaya mengenali Emir dan minta saya berjumpa dengannya. Punc4 saya terbuka hati semuanya disebabkan ibu dan bapa. Jadi saya pun membal4s DM daripada Emir dan hubungan itu kemudiannya berlanjutan ke aplikasi WhatsApp.

Beritahu emak nak kahwin

Menurut Mira, dia dan Emir kemudian bertemu buat kali pertamanya pada Oktober tahun lalu. Selepas hamp1r 2 bulan mengenali hati budi, pada Disember tahun lalu, Emir yang berkelulusan dari United Kingdom dan bergel4r arkitek telah menghantar romb0ngan untuk meris1k kekasih hatinya itu. Mira menyifatkan Emir seorang lelaki yang baik dan selesa ketika bersamanya.

Saya selesa dan okay mengatur pertemuan seterusnya. Selepas lima hingga enam kali berjumpa, saya beritahu emak mahu berkahwin dengan Emir, namun, dia masih belum melamar saya.

Apabila saya beritahu Emir mengenai rancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya, dia juga sebenarnya ada hasrat sama.

Sementara itu, majlis pernikahan Mira dan Emir boleh disaksikan peminat melalui program MBuzz siaran TV3 pada jam 9 malam selama 10 minit. Selain itu, siaran langsung majlis pernikahan boleh disaksikan di akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam. Tambah Mira lagi, majlis resepsi esok yang diadakan di Le Meridien, Putrajaya akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, manakala majlis resepsi pada Ahad di A-Park, Puchong akan disiarkan melalui program Melodi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Harian MetroBerita Harian

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "‘Saya Beritahu Emak Mahu Berkahwin Dengan Emir, Namun Dia Masih Belum Melamar Saya’ – Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*