Selamat Diijabkabulkan, Ini Foto Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah Dan Wan Emir

Pasti ramai peminat tidak sabar menantikan hari bersejarah pelakon cantik manis, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar. Pelakon Lelaki Kiriman Tuhan itu sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada pertengahan Julai lalu.

Mira Filzah dan suami selamat diijabkabulkan pada malam 3 September 2020 di Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara. Detik bersejarah pasangan itu disaksikan oleh keluarga tercinta, kenalan rapat dan rakan media. Mira mengenakan busana baju kurung Pahang dan majlis bertemakan Mihrab Cinta

Mihrab Cinta

Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dan sah menjadi suami isteri disaksikan lebih kurang 250 tetamu. Pertukaran dulang antara kedua-dua belah pihak ialah 11 dulang bagi pihak perempuan dan 9 dulang bagi pihak lelaki.

Antara hantaran istimewa Mira buat Wan Emir ialah seutas jam tangan yang dihantar khas ke Hong Kong untuk proses pengukiran ‘nota pendek’, diukir di belakang jam tersebut.

5 daripada 11 dulang hantaran dari Mira dibuat sendiri oleh nenek Mira yang berusia 81 tahun. Antaranya, kek fondant, tepak sirih, sirih junjung, halwa dan biskut.

Dengan sekali lafaz

Cantik berbusana kurung Pahang

Tahniah Mira Filzah dan Wan Emir! Bagi anda yang ingin menonton majlis pernikahan pasangan ini, ikuti secara siaran langsung di laman Youtube TV3 MALAYSIA Official.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: OhBulan

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "Selamat Diijabkabulkan, Ini Foto Rasmi Sekitar Majlis Pernikahan Mira Filzah Dan Wan Emir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*