“Selalu Buat Hal Si Oyen Ni..” – Kucing Cuba Lalu Celah Pagar

Sering menjadi haiwan peliharaan, kucing memiliki personaliti yang manja dan kadang-kadang sukar d1duga. Malah ia juga antara haiwan yang setia dan rapat dengan manusia menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan yang cukup manja.

Malah adakalanya kucing juga berperangai yang sukar diduga dan mampu menghiburkan kita. Seperti umum sedia tahu, kucing dengan bulu berwarna oren atau keperangan yang sering dipanggil dengan nama manja ‘oyen’ sering sahaja mencuri perhatian ramai.

Boleh dikatakan kalau kucing itu diberi gelaran Oyen, ada sahaja perkara pelik dan luarbiasa yang dilakukannya. Sama seperti kucing dalam video yang tular baru-baru ini.

Dalam video tersebut kelihatan seekor kucing berwarna oren yang sangat comel sedang berjalan mahu memasuki kawasan berpagar. Dengan yakinnya kucing tersebut melalui celah pagar tersebut namun akhirnya tersangkut kerana badannya yang debab itu tidak berjaya melepasinya.

Kucing tersebut kemudiannya memarahi pagar itu. Lah..salah pagar itu ke kucing itu tak berjaya melepasinya? Dimarah1nya pula pagar itu.

Berikut adalah video kucing cuba lalu celah pagar yang dikongsikan semula di Instagram:

 

View this post on Instagram

 

Dah tau debab, yang masuk ikut celah tu kenapa??? 😂😂 Buat hal laa oyen .. #senangterhibur #catofinstagram

A post shared by SENANG TERHIBUR (@senangterhibur) on


Video ini telah meraih hampir 40 ribu tontonan. Rata-rata warganet terhibur dengan gelagat kucing cuba lalu celah pagar ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Semua salah pagar! Oyen jer betul”

“Selalu buat hal si Oyen ni”

“Aaaa sudah pagar tu dia mar4h nyee”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Instagram senangterhibur

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "“Selalu Buat Hal Si Oyen Ni..” – Kucing Cuba Lalu Celah Pagar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*