[VIDEO] Suami ‘Terkejvt’ Ain Edruce Minta Bagi Ucapan Buat Mira Filzah Tular

Sedia tahu bahawa kelmarin merupakan majlis resepsi kedua buat pasangan popular, Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar dan ternyata, pelakon dan pengacara Ain Edruce bersama suaminya turut hadir di majlis mereka.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu namun majlis Mira Filzah masih sahaja menjadi bualan ramai, dari penampilan, jenis konsep dipilih malah pelamin yang lain dari yang lain membuatkan pelakon popular itu tidak henti-henti menjadi tumpuan.

Biarpun begitu, apa yang membuatkan satu perkongsian mengenai Ain Edruce dan suami ketika di majlis resepsi kedua Mira Filzah yang disambut meriah kelmarin tular dan menjadi perhatian adalah pasangan ini sempat menunjukkan gelagat sempoi mereka.

Lalu ia menjadi tular di laman Twitter, ianya bermula apabila satu temu bual Ain Edruce dan suami, Amirul bagi memberikan ucapan buat pasangan pengantin itu namun gara-gara Ain Edruce yang dilihat tidak dapat berkata-kata dan meminta agar suaminya memberikan ucapan.

Namun lain pula yang mendapat perhatian, apabila wajah suaminya yang kelihatan terkejut kerana diminta Ain Edruce untuk memberikan ucapan membuatkan warganet turut terhibur.

Mana tidaknya, pasangan ini sememangnya disenangi ramai kerana sikap sempoi mereka berdua apatah lagi Ain Edruce yang sering dilihat sporting dengan Amirul dan begitu juga sebaliknya.

Video berkenaan ternyata turut mendapat perhatian Ain Edruce dan dia dilihat gelak besar selepas melihatkan gelagat mereka ketika itu.

Dalam pada masa yang sama, warganet turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka diruangan perkongsian terbabit.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @Kecoh Habis

Sumber: Twitter

PERHATIAN: Pihak KECOH HABIS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KECOH HABIS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Be the first to comment on "[VIDEO] Suami ‘Terkejvt’ Ain Edruce Minta Bagi Ucapan Buat Mira Filzah Tular"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*